Allianz Pacer Run 2015 tagged posts

Allianz Pacer Run 2015

allianz-pacer-run-2015-runholic-putrajaya-runhappy-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Allianz Pacer Run 2015 telah diadakan pada 6 Disember 2015 bertempat di Presint 3, Dataran Putrajaya. Acara larian ini telah dianjurkan oleh Allianz Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta memastikan sentiasa bersenam dan kekal aktif. Hanya ada 2 jarak larian yang ditawarkan bagi larian ini iaitu sejauh 6km bagi kategori Fun Run dan juga 12km yang merangkumi kategori lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita veteran dan juga satu lagi kategori dikhaskan untuk badan-badan korporat yang ingin turut serta dalam acara larian ini. Yuran yang dikenakan kepada peserta adalah sebanyak RM30 bagi 6km dan RM55 bagi 12km manakala RM1500 bagi penyertaan daripada badan korporat.

Aku dan wife pun tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi kategori terbuka 12km dan yang paling terujanya kerana baju lariannya memang amat menarik…..adidas ok!…hihihihihi....

Jom Baca Lagi....