Backpacker Trip Thailand tagged posts

Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hatyai dan Bangkok merupakan antara lokasi popular di Thailand yang selalu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Ianya juga selalu menjadi destinasi pilihan aku dan wife, boleh dikatakan setiap tahun kami akan meluangkan masa untuk bercuti ke sana serta kedua-dua bandar ini adalah lokasi transit kami sebelum menuju ke lokasi yang lebih jauh lagi ke timur, barat ataupun utara Thailand. Seperti biasa, bas dan keretapi merupakan pengangkutan awam yang sentiasa menjadikan pilihan utama bagi kami untuk ke sana. Pengalaman perjalanan dengan menggunakan pengangkutan darat seperti perkhidmatan bas atau keretapi sememangnya lebih menarik daripada dengan hanya menaiki kapalterbang.

Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang email dan whatapps aku bertanyakan bagaimana untuk ke Hatyai atau ke Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam dari Malaysia. Mungkin ada email yang sempat aku balas dan mungkin juga ada email yang aku terlepas pandang...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Thailand!.. Ada apa dengan Thailand?. Sejak dulu lagi negara jiran ini sering dijadikan sebagai lokasi percutian bagi rakyat Malaysia dan ada juga segelintir daripada warga Malaysia yang telah menetap dan menjalankan perniagaan di sana. Kalau korang semua masih ingat, sebelum ini aku juga ada menulis entri mengenai pengalaman aku ketika bercuti di Krabi dan juga Hatyai. Negara Thailand sememangnya mempunyai banyak lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai berikutan tanah jajahannya yang lebih besar daripada Tanah Melayu.

Bagi pengembaraan kali ini, aku dan wife telah ditemani oleh Zakiah dan Alice dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari yang terbesar di daerah Lopburi, Thailand. Bermula daripada angan-angan apabila aku dan wife selalu membaca entri-entri di blog mengenai Bunga Matahari di Thailand dan akhirnya telah menjadi kenyataan apabila kami berempat telah berjaya menjejakkan kaki serta dikelilingi oleh ratusan dan ribuan bunga mata...

Jom Baca Lagi....