Backpackers tagged posts

Panduan Ringkas Ke Ladang Bunga Matahari Lopburi, Thailand

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kebiasaannya apabila tiba di penghujung tahun, selalu juga aku dapat mesej di facebook dan whatapps bertanyakan tentang bagaimana untuk ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi, Thailand. Ada yang sekadar bertanya beberapa info dan ada juga yang minta maklumat secara terperinci. Mana-mana pengalaman yang aku lalui memang senang untuk dikongsikan tetapi jika ada maklumat yang aku sendiri pun tidak pasti, aku akan cuba cari info untuk membantu. Jom aku kongsikan sedikit panduan ringkas supaya anda boleh menyusun jadual perjalanan ke sana dengan lebih lancar. πŸ˜€

Sebelum anda merancang untuk ke Lopburi, terlebih dahulu anda perlu tahu “bilakah waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari?”. Penanaman bunga matahari di Lopburi adalah mengikut musim disebabkanΒ hayat bunga matahari ini hanyalah dalam tempoh semusim sahaja dan waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi adalah sekitar bulan November sehinggalah ke bulan Januari setiap tahun.

Jom Baca Lagi....