Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya tagged posts

Compressport Combo Challenge: Compressport Road

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Road telah diadakan pada 24 April 2016 di Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. Acara ini adalah kesinambungan dari Compressport Combo Challenge 2016 yang terdiri daripada kombinasi Compressport Trails dan juga Compressport Road. Compressport Trails pula telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas bertempat di Mardi Maeps, Serdang. Boleh baca komen aku mengenai Compressport Trails di entri Compressport Combo Challenge: Compressport Trails.

Kedua-dua kombinasi ini tetap menawarkan hanya dua (2) kategori larian iaitu 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada empat (4) iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Sama seperti Compressport Trails, aku dah wife hanya mendaftar untuk kategori 6km hanya sekadar untuk mendapatkan kedua-dua koleksi medal kombinasi daripada trail dan road.

Kebiasaannya, peserta yang mendaftar untuk jarak yang lebih jauh akan dilepaskan terlebih dahulu tetapi bagi acara ini pes...

Jom Baca Lagi....