Bandar Teluk Intan tagged posts

Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakKredit gambar: Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Menara Condong Teluk Intan atau pun dikenali juga sebagai Menara Jam Tinggi merupakan sebuah mercu tanda bagi bandar Teluk Intan. Ini adalah salah sebuah lokasi yang aku lawati bersama rakan-rakan FAM Trip sempena program Jom Mancing Udang 2014 di Teluk Intan anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hinga 18 Ogos yang lalu. Menara Condong Teluk Intan ini semestinya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri selain daripada keunikan dan kehebatan senibinanya. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perak

Terlebih dahulu, jom aku singkap serba sedikit sejarah disebalik pembinaan menara ini.

Menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor cina yang dikenali sebagai Leong Choon Choong serta Kontraktor Ceylon yang turut membina dan menjadi penderma utama kepada menara ini. Menara ini berbentuk Pagod...

Jom Baca Lagi....