Belum Houseboat tagged posts

Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku harap korang jangan ler bosan dengan entri-entri aku kebelakangan ni yang banyak berkisarkan Taman Negeri Royal Belum…. Hihihihi.. 😀 Bukannya apa! ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman aku semasa berada di sana di atas tajaan Tourism Malaysia Perak serta Perbadanan Taman Negeri Perak yang bermurah hati untuk menjemput aku. Mungkin di antara korang yang sudah pernah menjejakkan kaki di Royal Belum dan mungkin juga ada yang belum. Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari korang untuk berkunjung ke Royal Belum dan menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Rugi yer kalau tidak ke sana sebab Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Explorasi FAM Trip Royal Belum ini menuju ke penghujungnya apabila kitaorg dibawa mengembara ke satu lagi lokasi yang menari...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan FAM Trip Royal Belum kitaorg diteruskan lagi ke Kem Sungai Papan untuk melihat sendiri Jenut atau dikenali juga sebagai Sira yang sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan liar di sekitar Taman Negeri Royal Belum.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apa-apa pun Groupfie mestilah didahulukan…hihihihi..

Korang tahu ker apa itu Jenut?. Ok!..Ok!.. Moh aku terangkan kat sini, Jenut atau Sira ni sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah ‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bot-bot yang membawa kitaorg…

Jenut ini juga boleh dikatakan sebagai klinik semulajadi untuk haiwan-haiwan yang berada di sekitar situ kerana garam juga merupakan salah satu bahan penting bagi membaiki masalah sistem penghadaman...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan dan di antaranya adalah sungai serta air terjun yang pasti membuatkan korang tidak mahu kembali semula ke kesibukan kotaraya. Semasa FAM Trip kitaorg ke Royal Belum yang lepas, aku berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Kooi serta dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di sekitar Sungai Kooi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Kooi walaupun ini adalah kali kedua aku bertandang di Royal Belum. Selain daripada Air Terjun Sungai Kooi, aku bersama-sama Fam Trip sempat juga singgah di Kem Sungai Papan dan Air Terjun Sungai Ruok untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di sana tapi akan aku ceritakan di entri yang lain. Bagi entri kali ini, biarlah aku fokus dengan Sungai Kooi dulu ok!….hihihihihi.. 😀

Seperti biasa, kitaorg perlu menaiki bot kecil untuk kesana sebab laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh houseboat...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Royal Belum…hihihihihi.. 😀

Entri Royal Belum kali ni lebih berunsurkan penceritaan secara santai jer sebenarnya. Aku nak bercerita al-kisah aktiviti berakit semasa di Kem Sungai Tiang, Royal Belum. Mungkin di antara korang dah biasa dengan aktiviti berakit tapi bagi aku ini adalah kali pertama….hihihihihi… 😀

Aktiviti berakit ni sebenarnya ialah salah satu program yang telah diselitkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak khas buat FAM Trip Royal Belum kitaorg. Sebelum terlupa, terima kasih juga diucapkan kepada Puan Noor Fadhilah Ismail daripada Perbadanan Taman Negeri Perak yang sentiasa sudi melayani karenah kitaorg semenjak dari hari pertama lagi…hihihihihi.. 😀 .

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Dorang berdua ni langsung tak turun ke tasik…hihihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku bergambar dengan Pegawai Renjer Taman Negeri Perak

Bagi korang yang akan ke Royal Belum dan bermalam di Kem Sungai Tiang nanti, bolehlah mencuba aktiviti berakit ni tapi aku rasa mungkin kena bincang atau minta kebenaran dulu deng...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Alhamdulillah… bertemu kita kembali dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ dan sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, buat sementara waktu ni penulisan aku akan banyak berkisarkan mengenai tarikan pelancongan di Royal Belum. Bagi entri-entri yang akan datang, aku akan membawa korang semua untuk meneroka dan melihat sendiri keindahan dan keunikan pelbagai biodiversiti yang tersimpan rahsia di Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Sepanjang berada di sana, aku telah diberi peluang untuk turut serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dengan kerjasama promosi oleh Tourism Malaysia Perak.

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan yang terdapat di Royal Belum sebagai salah satu ikon tarikan pelancongan serta dapat menjadikan Royal Belum sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Objektif program ini juga untuk mengetenga...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014

 hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Mesti korang dah biasa baca entri aku bersegmen ‘Moh Ke Perak’, dalam usaha aku bersama-sama pihak Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya di negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen Moh Ke Perak ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang lepas.

Entri kali ni, aku akan membawa korang semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum kan?. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis entri kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat kesukaan aku.

Royal Belum!… memang sebuah tempat yang penuh dengan mistik dan keunikan flora dan fauna. Aku pun dah selesai menulis mengenai FAM Trip Bike Ride di Padang Rengas ...

Jom Baca Lagi....