Bukit Putih tagged posts

Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalim

Kemaskini:
Dengan sedihnya aku nak maklumkan bahawa pokok besar tu dah tumbang. 🙁

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kembali semula aku dan wife di Bukit Apek bersama Wan Paskau serta Cik Bella dengan misi yang baru. Okjektif misi kali ini adalah untuk menjejaki sebuah pokok besar yang terdapat di Bukit Apek. Ada khabar angin yang mengatakan pokok ini seperti pokok di Angkor Wat, Siem Reap….. ermmm!!… menarik jugak kan? tapi adakah ianya sahih?… Ok!..Ok!.. Jom ikuti pengembaraan kitaorg dalam usaha untuk membongkar misteri sebuah pokok besar di Bukit Apek….hihihihihi… 😀

Seperti biasa, kitaorg berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sekitar pukul 8 pagi dan misi kali ini telah disertai juga oleh beberapa lagi kawan yang lain. Rasanya tak perlu lagi aku terangkan dengan lebih lanjut mengenai Bukit Apek dan juga bagaimana untuk ke sana. Segala maklumat telah aku terangkan di dalam entri yang lepas, klik jer entri Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun bagi menghilangkan kekab...

Jom Baca Lagi....

Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Apek atau Bukit Saga sememangnya salah satu lokasi pendakian yang popular dikalangan pendaki di sekitar Kuala Lumpur. Rasanya ramai jugak yang keliru di antara Bukit Apek dan Bukit Saga, sebenarnya kedua-dua bukit ini adalah bukit yang berbeza dan bersebelahan di antara satu sama lain tetapi di dalam lokasi Hutan Simpan yang sama. Jangan segan-silu, aku dulu pun sering terkeliru jugak dengan kedua-dua bukit ni… 😀

Kedua-dua bukit ini mempunyai cabaran yang tersendiri dan jangan sesekali pandang rendah pada sesebuah bukit hanya kerana ia bukan bertaraf gunung. Mendaki di lokasi yang sama berkali-kali akan tetap memberi cabaran yang berbeza di setiap pendakian. Bukit Saga memang selalu menjadi tempat riadah merangkap latihan bagi aku dan wife tapi aku pernah kecundang (pewai) ketika kali ke 4 mendaki Bukit Saga…hihihihi… pewai ooo!!.. 😀 Keupayaan dan stamina juga bergantung kepada keadaan kesihatan badan ketika mendaki yer. Ok!.. Ok!....

Jom Baca Lagi....

Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mula-mula wife bagi blog pasal Gunung Datuk, aku pun terpikir “Nak ajak hiking lagi la ni!”…hahahahahaha. Aku pun setuju dengan cadangan wife dan lepas tu suruh dia cari guide tapi geng-geng lain semuanya ada hal dan akhirnya terpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, dia bagi link mengenai Bukit Saga pula!…hahahaha. Aku pun setuju jer tapi tiada geng yang nak join. Aku pun cakap takpe lah sebab Bukit Saga kat kawasan Cheras/Ampang jer. Akhirnya, kitaorg telah berjaya mendaki ke Puncak Bukit Saga (Saga Hilltop dan Beirut) dan singgah mandi di Air Terjun Bukit Apeh. Jom aku ceritakan secara terperinci lagi. 😀

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyDisinilah treknya bermula… melalui Jalan Saga 28.

Seawal pagi kitaorg dah bersiap dan bertolak ke Bukit Saga. Sebelum mula mendaki, aku abadikan dulu gambar peta trek Bukit Saga di dalam telefon bimbit dan cuba hafalkan semua trek mendaki...

Jom Baca Lagi....