Bukit Saga New Starting Route tagged posts

Laluan Baru Mendaki Bukit Saga, Ampang

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Saga sering dijadikan lokasi untuk latihan stamina atau pun sebagai aktiviti beriadah dan ianya juga merupakan salah satu lokasi mendaki yang popular di sekitar Kuala Lumpur. Bukit setinggi 410 meter ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat dan terletak di antara daerah Ampang dan Cheras serta bersebelahan dengan Bukit Apek. Bukit Saga dan Bukit Apek boleh dikatakan sebagai bukit berkembar kerana ianya mempunyai trek yang boleh menghubungkan di antara satu sama lain. Berdasarkan apa yang aku tahu, hanya ada 4 laluan untuk mendaki kedua-kedua bukit ini iaitu melalui Taman Saga, Cheras Hartamas, Cheras Awana dan Wangsa Cheras.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki Bukit Saga, kebiasaannya akan menggunakan laluan trek melalui Taman Saga di Ampang. Sebenarnya, Bukit Saga memang merupakan lokasi kesukaan aku dan wife semenjak kali pertama mendakinya serta salah satu tempat beriadah kami pada cuti hujung minggu. Boleh baca entri Hiking Bersam...

Jom Baca Lagi....