Bukit Saga tagged posts

Laluan Baru Mendaki Bukit Saga, Ampang

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Saga sering dijadikan lokasi untuk latihan stamina atau pun sebagai aktiviti beriadah dan ianya juga merupakan salah satu lokasi mendaki yang popular di sekitar Kuala Lumpur. Bukit setinggi 410 meter ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat dan terletak di antara daerah Ampang dan Cheras serta bersebelahan dengan Bukit Apek. Bukit Saga dan Bukit Apek boleh dikatakan sebagai bukit berkembar kerana ianya mempunyai trek yang boleh menghubungkan di antara satu sama lain. Berdasarkan apa yang aku tahu, hanya ada 4 laluan untuk mendaki kedua-kedua bukit ini iaitu melalui Taman Saga, Cheras Hartamas, Cheras Awana dan Wangsa Cheras.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki Bukit Saga, kebiasaannya akan menggunakan laluan trek melalui Taman Saga di Ampang. Sebenarnya, Bukit Saga memang merupakan lokasi kesukaan aku dan wife semenjak kali pertama mendakinya serta salah satu tempat beriadah kami pada cuti hujung minggu. Boleh baca entri Hiking Bersam...

Jom Baca Lagi....

Video Semasa Di Air Terjun Bukit Saga

Salam,

Selamat bercuti di hujung minggu, sajer jer aku nak kongsi 1 video pendek kitaorg masa gi hiking kat Bukit Saga hari tu. Mula-mula nak masukkan dalam entri Bukit Saga yang sebelum ni tapi lambat lak nak edit video. Kepada saper-saper lom baca entri aku ngan wife gi hiking kat Bukit Saga hari tu, leh ler baca kat sini — > Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga .

air-terjun-bukit-saga-shaphotography

Jom layan video jap… video pendek jer tak lama pun… 😀

Jom Baca Lagi....

Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mula-mula wife bagi blog pasal Gunung Datuk, aku pun terpikir “Nak ajak hiking lagi la ni!”…hahahahahaha. Aku pun setuju dengan cadangan wife dan lepas tu suruh dia cari guide tapi geng-geng lain semuanya ada hal dan akhirnya terpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, dia bagi link mengenai Bukit Saga pula!…hahahaha. Aku pun setuju jer tapi tiada geng yang nak join. Aku pun cakap takpe lah sebab Bukit Saga kat kawasan Cheras/Ampang jer. Akhirnya, kitaorg telah berjaya mendaki ke Puncak Bukit Saga (Saga Hilltop dan Beirut) dan singgah mandi di Air Terjun Bukit Apeh. Jom aku ceritakan secara terperinci lagi. 😀

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyDisinilah treknya bermula… melalui Jalan Saga 28.

Seawal pagi kitaorg dah bersiap dan bertolak ke Bukit Saga. Sebelum mula mendaki, aku abadikan dulu gambar peta trek Bukit Saga di dalam telefon bimbit dan cuba hafalkan semua trek mendaki...

Jom Baca Lagi....