Bunga Pakma tagged posts

Ekspedisi Royal Belum 2.0 GTS: 16 Sept – 18 Sept 2016

poster-ekspedisi-royal-belum-2-0-gts-geng-trip-santai-hutan-simpan-diraja-belum-grik-perak
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hutan Simpan DiRaja Belum atau lebih dikenali dengan nama Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian-bio dan tersimpan pelbagai hasil khazanah-khazanah alam semulajadi yang bernilai. Ianya merupakan satu destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan juga kepada pencinta alam semulajadi. Oleh itu, adalah menjadi satu kerugian kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki di Hutan DiRaja ini. Dengan itu, Geng Trip Santai (GTS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi Ekspedisi Royal Belum 2.0 bagi edisi kedua untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan dan juga menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan DiRaja Belum.

Sebelum itu, jom aku perkenalkan siapakah Geng Trip Santai (GTS)?. Sebenarnya, Geng Trip Santai ini adalah nama yang digunakan oleh aku dan wife. GTS bukanlah sebuah syarikat berdaftar ataupun operator aktiviti luar (outdoor) bertauliah tetapi hanyalah ...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Royal Belum: 30 Okt – 1 Nov 2015 (5 kekosongan)

iklan-ekspedisi-royal-belum-eshamzhalim-taman-negeri-belum
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah dengar dan terbaca mengenai Taman Negeri Diraja Belum ataupun nama popularnya Royal Belum. Bagi yang meminati ketenangan alam semulajadi, sememangnya Royal Belum adalah lokasi yang wajib dikunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai.

Buat julung-julung kalinya aku dan wife (Geng Trip Santai) menganjurkan satu Trip Santai ke Taman Negeri Diraja Belum diatas permintaan rakan-rakan yang sering mencemburui aku dan wife…hihihihi..serta untuk memberi peluang kepada rakan-rakan merasai sendiri pengalaman di Royal Belum.

Boleh rujuk poster di atas atau maklumat dibawah mengenai Ekspedisi Royal Belum:-

1. Jumlah kekosongan : 40 orang (5 kekosongan) Cukup 40 orang penyertaan ditutup.
2. Tarikh Ekspedisi : 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.
3. Bayaran : RM350 seorang dan tidak ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan dan di antaranya adalah sungai serta air terjun yang pasti membuatkan korang tidak mahu kembali semula ke kesibukan kotaraya. Semasa FAM Trip kitaorg ke Royal Belum yang lepas, aku berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Kooi serta dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di sekitar Sungai Kooi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Kooi walaupun ini adalah kali kedua aku bertandang di Royal Belum. Selain daripada Air Terjun Sungai Kooi, aku bersama-sama Fam Trip sempat juga singgah di Kem Sungai Papan dan Air Terjun Sungai Ruok untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di sana tapi akan aku ceritakan di entri yang lain. Bagi entri kali ini, biarlah aku fokus dengan Sungai Kooi dulu ok!….hihihihihi.. 😀

Seperti biasa, kitaorg perlu menaiki bot kecil untuk kesana sebab laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh houseboat...

Jom Baca Lagi....