Cafe Menarik Di Kota Damansara tagged posts

Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua ternanti-nantikan dimanakah cafe pilihan kitaorg bagi bulan ni?. Segmen Jom Ngopi kali ni telah membawa aku dan wife serta Hafeesyam dan juga Athin Nabiha (ahli terbaru Geng Ngopi) ke salah sebuah cafe yang popular di sekitar bandaraya. Nama Wood and Steel sering menjadi sebutan bagi pengemar coffee, beroperasi di The Strand, Kota Damansara bukan sahaja terkenal di kalangan pengemar coffee, malah juga di kalangan celebriti tanahair. Aku dan wife memang dah lama teringin untuk ke sini tapi baru kali ini kitaorg berpeluang untuk mencuba sendiri hidangan menarik yang ditawarkan oleh Wood and Steel Cafe.

Mengikut kata Hafeesyam yang selalu lepak disini, Wood and Steel Cafe ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan dan amat sukar untuk mendapatkan tempat. Disebabkan itu seawal pukul 9.00 malam Hafeesyam dan Athin Nabiha sudah berada di cafe sementara menunggu aku dan wife sampai…hihihihihi....

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!.. Bersua kembali di dalam segmen Jom Ngopi bagi episod ke 2. Bagi episod kali ini, aku bersama-sama wife dan Hafeesyam berkunjung ke Cafe Studio yang terletak di The Strand, Kota Damansara. Banyak jugak cafe di sekitar Kota Damansara tapi Hafeesyam tetap mencadangkan supaya aku dan wife mencuba cafe ni. Aku rasa lokasi Cafe Studio ni agak tersorok dan mungkin akan membuatkan ramai tercari-cari. Beroperasi di tingkat 1 deretan lot kedai di sebelah belakang Encorp Strand Mall memang seakan tersembunyi daripada pandangan mata kasar.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPapan tanda Cafe Studio yang kecil kemungkinan membuatkan mata terlepas pandang .

Aku rasa agak terpegun jugak apabila melangkah masuk ke cafe ini dan sememangnya layak menggunakan nama Cafe Studio kerana hiasan dalamannya seakan sebuah studio yang penuh dengan hasil-hasil seni dan juga ukiran arca yang unik dijadikan sebagai bahan perhiasan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogSuasana di dalam Cafe Studio.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan yang menarik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogBangku dan meja yan...

Jom Baca Lagi....