Charity Run tagged posts

2nd Event Biz Charity Trail Run 2016

2nd-eventbiz-charity-trail-run-2016-taman-botani-frim-kepong-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 telah diadakan di Taman Botani FRIM, Kepong pada 28 Februari 2016 yang lalu. Larian amal yang bertemakan “Save Our Mother Earth” ataupun “Selamatkanlah Bumi Kita” pada permulaannya telah dijadualkan pada 3 Januari 2016 tetapi telah ditundakan oleh pihak penganjur ke 28 Februari 2016 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta-peserta lain untuk mengukur jarak sejauh 9km di Taman Botani serta ini juga merupakan acara larian pertama kitaorg di FRIM selain daripada aktiviti mendaki di situ. 😀 Larian amal ini adalah berkonsepkan trail run (larian denai) dan hanya satu (1) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu 9km serta dibahagikan kepada lelaki dan wanita terbuka dan veteran...

Jom Baca Lagi....

MAKNA Founders Night Run 2014

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom kita berlari sambil menderma untuk badan kebajikan. Aku dan wife serta geng-geng running yang lain turut serta dalam program kebajikan MAKNA Founder’s Night Run 2014 yang telah berlangsung pada 1 November yang lepas di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Negara (National Cancer Council) adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Bagus sebenarnya program seperti ni sebab korang juga akan dapat menghulurkan bantuan selain daripada dapat bersenam.

Kalau tak silap aku, rasanya ada 5 kategori yang ditawarkan bagi MAKNA Founder’s Night Run seperti Lelaki dan Wanita Terbuka (15 dan 10 km), Lelaki dan Wanita Veteran (15 dan 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km)...

Jom Baca Lagi....