Chemistry Cafe tagged posts

Jom Ngopi: Chemistry Cafe+Lab @ Seksyen 7 Shah Alam

chemistry-cafe-lab-seksyen-7-shah-alam-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Maka dengan ini, wujudlah satu segmen baru di dalam blog ini yang diberi nama ‘Jom Ngopi’. Bukannya apa, rasa macam rugi ler pulak sebab aku memang suka minum kopi dan kebiasaannya aku, wife dan Hafeesyam selalu mencuba pelbagai Cafe atau Coffee House yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini merupakan aktiviti kitaorg setiap bulan, itu pun kalau masing-masing tak sibuk dengan urusan lain. Mulanya, aku cuba racun Hafeesyam supaya buat 1 blog yang berkisarkan Cafe tapi mungkin masa tu tak mengizinkan. Akhirnya, aku dan wife mengambil keputusan untuk menulis pasal aktiviti kaki ngopi kitaorg dalam blog masing-masing…ekekekeke…

Bagi entri pertama segmen ni, aku akan bawa korang semua terjah ke Chemistry Cafe+Lab yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ni, memang susah kitaorg nak jumpa Cafe di Shah Alam dan menurut sumber yang aku dapat, Chemistry Cafe+Lab ni baru jer beroperasi.

chemistry-cafe-lab-seksyen-7-shah-alam-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim

Berkonsepkan seperti di dalam sebuah makmal sains...

Jom Baca Lagi....