DBKL tagged posts

KL New Year Run 2016

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

KL New Year Run 2016 telah diadakan pada 1 Januari 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Sambutan Tahun Baru 2016 dan di samping itu dapat memupukkan lagi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia. Larian ini telah dianjurkan dengan kerjasama di antara Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sokongan penuh daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta Polis Diraja Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan acara ini. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan 5 kategori yang ditawarkan iaitu Lelaki Terbuka (10 km), Wanita Terbuka (10 km), Lelaki Senior (10 km), Wanita Senior (10 km) dan β€˜Family Fun Run’ (5 km).

Larian kategori 10km telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 7.15 pagi dan diikuti dengan kategori Family Fun Run 15 minit kemudian.

KL New Year Run 2016 merupakan acara pembuk...

Jom Baca Lagi....