Deuter tagged posts

Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4: Blast From The Past)

deuter-international-trail-run-2016-ditr2016-batu-arang-selangor-chapter-4-blast-from-the-past-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Deuter International Trail Run 2016 telah diadakan di Dataran MPS Batu Arang, Selangor pada 8 Mei 2016. Larian bertemakan “Chapter 4: Blast From The Past” ini adalah anjuran Universal Fitness and Leisure (UFL) dengan kerjasama pihak Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan juga Cyclic Sports Sdn Bhd.

Selepas 3 tahun berturut-turut diadakan di Putrajaya, edisi kali ini pihak penganjur telah memilih Pekan Warisan Batu Arang sebagai lokasi larian dalam usaha untuk mempromosikan Pekan Warisan Batu Arang sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Selangor. Pekan Warisan Batu Arang sememangnya kaya dengan nilai-nilai khazanah dan juga warisan sejarahnya yang tersendiri. Ianya juga merupakan salah satu pekan yang tertua di negeri Selangor dan pekan pertama yang mempunyai kelengkapan landasan kapal terbang, rel keretapi, balai polis serta kemudahan-kemudahan lain. Boleh ke link ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Arang untuk maklumat yang lebih len...

Jom Baca Lagi....