FAM Trip tagged posts

Jemputan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Perak di atas Jemputan Program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 bertempat di Teluk Intan dan juga untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di sekitar Hilir Perak. Seperti biasa, FAM Trip ini akan disertai oleh rakan-rakan media, agensi pelancongan dan juga rakan-rakan blogger. Antara rakan blogger yang turut serta ialah Bro Khir Khalid dan Bro D.Shahril Hakime…hihihihi… sekurang-kurangnya ada jugak rakan blogger yang aku kenal. 😀

fam-trip-tourism-malaysia-perak-hilir-perak-mancing-udang-galah-teluk-intan

Seronok sebenarnya dapat mempromosikan pelbagai tarikan pelancongan di negeri kelahiran aku sendiri ni iaitu Perak Darul Ridzuan dan menulis juga telah menjadikan hobi aku walaupun hanya menulis di blog. Manalah tahu, lepas ni dapat jemputan FAM Trip dari negeri lain pulak….hihihihihi… kalau ada rezeki laaaaa…

Entri ni sebenarnya aku dah setkan untuk auto publish pada hari ni sebab aku rasa memang susah nak online sepanjang tempoh progra...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Hutan Lipur Lata Kekabu #VMY2014

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Aku ada menulis mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong beberapa hari kebelakang ni kan. Sudi-sudi ler klik kalau nak tahu kisah galeri tu dan bagi entri ‘Moh Ke Perak’ kali ni, aku nak bawa korang untuk meneroka satu lagi kawasan menarik di Daerah Lenggong iaitu Hutan Lipur Lata Kekabu. Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, aku rasa lebih kurang 2 kilometer jer jaraknya atau 9 kilometer dari Pekan Lenggong dan 25 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar – Gerik. Bagi korang yang tinggal sekitar kawasan Kuala Kangsar, Lenggong ataupun Gerik mesti cukup kenal dengan tempat perkelahan ni kan. Bagi yang tak pernah datang sini atau yang teringin nak berkunjung di sini, bolehlah rujuk pada peta di bawah ni haaaaa……

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Dari jalan besar korang akan nampak papan tanda ke Hutan Lipur Lata...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Mariwasa Kraftangan Kuala Kangsar

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pengembaraan ‘Moh Ke Perak’ dan FAM Trip kitaorg diteruskan lagi dengan lawatan ke Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd. yang beroperasi di Kuala Kangsar. Jom aku bagi info sikit pasal Mariwasa Kraftangan ni…..

Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar produk barangan silver hasil buatan tangan, pingat dan aksesori seragam. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan mempunyai lebih 30 tahun kemahiran dan pengalaman untuk menawarkan hasil dan kualiti yang tinggi. Apa yang menariknya ialah Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar tunggal bagi Pingat-Pingat Darjah Kebesaran untuk seluruh Malaysia

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyAntara kraftangan yang dijual di Mariwasa Kraftangan.

Sebelum itu, jom aku bawa korang mengimbau lebih jauh lagi mengenai sejarah Mariwasa Kraftangan ni.  Mariwasa Kraftangan ni diasaskan pada tahun 1975 dan pada ketika itu dikenali sebagai Saunders Medallist (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur dengan mempunyai 6 orang tukang kraftangan yang mahir...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kehalusan Seni Tekat Azydar Enterprise #VMY2014

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan mengupas mengenai satu warisan pusaka kita yang semakin luput iaitu Seni Tekat. Seni Tekat dikenali juga dengan nama bersuji merupakan warisan negara. Korang mesti pernah melihat hasil tenunan seni tekat ni semasa majlis perkahwinan atau majlis peminangan kan?. Seni Tekat ni biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara simbolik adat Melayu seperti kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan dan majlis khatam al-Quran. Secara umumnya, menekat ni adalah hasil sulaman benang emas ke atas kain baldu untuk membentuk corak bunga tekat.

Aku ingat lagi semasa majlis perkahwinan aku dan wife dulu, bilik tidur kitaorg dihiasi dengan cadar dan sarung bantal baldu berwarna merah yang di sulami dengan seni tekat. Mak mertua aku tak bagi kitaorg duduk atas cadar atau bantal tu, khas untuk sesi bergambar jer katanya… hihihihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Galeri Sultan Azlan Shah #VMY2014

galeri-sultan-azlan-shah-tourism-malaysia-perak-kuala-kangsar-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan membawa korang semua untuk meneroka Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah diberi peluang untuk melawat galeri ini bersama-sama kumpulan FAM Trip Tourism Malaysia Perak dalam misi untuk mempromosikan tarikan pelancongan di Perak. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat galeri ni dan sememangnya menimbulkan perasaan teruja.

Galeri ini mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Almarhum Tuanku oleh ketua negara dari seluruh dunia...

Jom Baca Lagi....

Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014

jemputan-famtrip-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Alhamdulillah!!… Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas jemputan dan peluang yang telah diberikan kepada aku sebagai seorang Blogger. Ini merupakan jemputan kali ke 2 yang aku terima daripada Tourism Malaysia Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan aku amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan untuk mempromosikan negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan.

Semasa jemputan FAM Trip yang pertama, aku telah diberi peluang untuk meneroka sendiri keunikan dan keindahan tarikan pelancongan di daerah Pengkalan Hulu. Korang boleh baca entri mengenai Keunikan Pengkalan Hulu di url di bawah haaa…..

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks ...

Jom Baca Lagi....