Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Geng Trip Santai (GTS) sekali lagi akan menganjurkan satu trip santai untuk menerokai keunikan Gua Tempurung dan juga aktiviti White Water Rafting bagi mereka yang ingin mencuba serta merasai pengalaman mengemudi bot sambil melayan kederasan arus sungai.
Jom aku ceritakan serba sedikit mengenai aktiviti ini. Aktiviti ini akan dimulakan dengan Eksplorasi Gua Tempurung bersama renjer yang ditugaskan untuk mengiringi para peserta. Gua Tempurung mendapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa dan diklasfikasikan sebagai salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini merupakan satu khazanah yang bernilai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu kerugian kepada mereka yang tidak pernah menyaksikan keunikannya secara dekat. Eksplorasi ini akan memakan masa sekitar 2 jam dan akan melalui pelbagai peringkat sehinggalah peserta akan menyusuri sebatang sungai yang mengalir di dalam gua tersebut untuk menuju...
Jom Baca Lagi....