Gopeng tagged posts

Jom Sertai Eksplorasi Gua Tempurung Dan White Water Rafting Pada 30 Julai 2016

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Geng Trip Santai (GTS) sekali lagi akan menganjurkan satu trip santai untuk menerokai keunikan Gua Tempurung dan juga aktiviti White Water Rafting bagi mereka yang ingin mencuba serta merasai pengalaman mengemudi bot sambil melayan kederasan arus sungai.

Jom aku ceritakan serba sedikit mengenai aktiviti ini. Aktiviti ini akan dimulakan dengan Eksplorasi Gua Tempurung bersama renjer yang ditugaskan untuk mengiringi para peserta. Gua Tempurung mendapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa dan diklasfikasikan sebagai salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini merupakan satu khazanah yang bernilai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu kerugian kepada mereka yang tidak pernah menyaksikan keunikannya secara dekat. Eksplorasi ini akan memakan masa sekitar 2 jam dan akan melalui pelbagai peringkat sehinggalah peserta akan menyusuri sebatang sungai yang mengalir di dalam gua tersebut untuk menuju...

Jom Baca Lagi....

Waterfall Abseiling Dan White Water Rafting, Gopeng Perak

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopeng

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Antara aktiviti lasak yang telah sekian lama tersenarai dalam bucketlist aku adalah Waterfall Abseiling. Alhamdulillah, akhirnya aku dan wife berjaya juga melakukan aktiviti Waterfall Abseiling dan juga White Water Rafting yang telah dianjurkan oleh OutdoorGateway dengan kerjasama Radak Adventure di Gopeng, Perak pada 16-17 Mei 2015. Walaupun ini kali keempat aku dan wife sertai aktiviti White Water Rafting tetapi ini juga merupakan pengalaman pertama bagi aktiviti Waterfall Abseiling. Gabungan 2 aktiviti kali ini memerlukan kitaorg bermalam dan berkhemah di Kem Radak Adventure.

Seawal pukul 7 pagi, aku dan wife telah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Gopeng untuk berkumpul dengan peserta yang lain sebelum bergerak ke Kem Radak Adventure. Tiba di Kem Radak Adventure lebih kurang pukul 12 tengahari dan berehat terlebih dahulu sambil menikmati hidangan makan tengahari sebelum memulakan aktiviti pertama iaitu waterfall abseiling. Tapi apakah itu...

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah… pada 24 Januari 2015 yang lepas, aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu acara gabungan iaitu Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting, Sungai Kampar yang bertempat di Gopeng, Perak. Ini merupakan acara pembukaan bagi tahun 2015 dan telah mendapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aku. Lagi pun kawan-kawan ni jugak yang suruh aku uruskan…hihihihihi.. 😀 Ini merupakan kali ke 2 aku dan wife meneroka Gua Tempurung dan kali ke 3 kitaorg layan white water rafting. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik jer url kat bawah ni haaaaaa….. 😀

1. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014 (Boleh layan video Gua Tempurung di entri ni)
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Seramai 42 peserta yang turut serta dalam aktiviti ini termasuklah aku dan wife serta gabungan geng zombie, geng ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selesai jer meneroka Gua Tempurung, kitaorg semua sudah bersedia untuk layan White Water Rafting lak kat Sungai Kampar. Ini adalah kali ke 2 aku dan wife gi rafting, kali pertama dulu kitaorg layan white water rafting di Sungai Slim. Korang leh baca entrinya di sini –> White Water Rafting Di Slim River. Dorang kata level rafting kat sini antara level 2 dan level 3 bergantung kepada cuaca, kalau hujan memang terus level 3 la kot.

Kitaorg semua di bawa menaiki lori untuk ke starting point so masing-masing dah macam buruh kasar ladang kelapa sawit….ahahahahahaha.. tapi macam perlarian pon ada jugak… 😀 Dari Gua Tempurung ke lokasi White Water Rafting mengambil masa dalam 30-45 minit, jauh jugak sebenarnya…aku ingatkan dekat jer. Memang thrill jugak naik lori ke sana sebab kena redah kawasan kampung pastu naik turun bukit tepi gaung lak tuuu…seram betul!… tapi yang spoilnya lori kitaorg kehabisan minyak pulak di tengah jalan…hihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan bloggerku dan pembaca semua? so apa adventure trip korang minggu ni?…. Ok!..Ok!..  Jom, aku ada cerita nak kongsi dengan korang semua. Entri “Moh Ke Perak” kali ni, aku bawak korang semua untuk mengembara dan meneroka Gua Tempurung bersama aku. Aku dan wife memang dah lama nak ke Gua Tempurung sebenarnya tapi takde geng lak, maleh nak gi berdua dengan wife aku.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Akhirnya tercapai jugak hasrat kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung bersama geng-geng outdoor yang lain. Ada 50 orang yang turut serta dalam trip ni, seperti biasalah…aku cuma kenal 2-3 orang jer (geng-geng outdoor yang aku selalu join). Walaupun ramai yang kitaorg tak kenal tapi biler kat sana macam dah lama kenal jer…hihihihihi.. 😀 .

Seawal pukul 7 pagi kitaorg dah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke RnR Tapah, tempat berkumpul sebelum nak ke Gopeng. Sarapan dulu sementara menunggu peserta lain. Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Gua Tempurung ni, senang je...

Jom Baca Lagi....