GoPro tagged posts

Lepak Dengan Wife Di Padang Setia City Mall

Salam,

Aku ngan wife memang suka lepak kat padang Setia City Mall kat Setia Alam ni. Kadang-kadang kitaorg berpiknik kat sini, bentang jer tikar pastu duduk santai jer sambil perhatikan gelagat orang ramai. Biasanya aku main layang-layang kat sini, dulu senang jer nak terbangkan layang-layang sebab angin memang kuat tapi sekarang ni susah giler. Aku suspek sebab bangunan kat sekeliling Setia City Mall tu dah siap so angin tak dapat nak lalu, angin ada kejap jer pastu hilang, baru layang-layang nak naik terus kena mendarat kecemasan.

Hari ahad lepas aku cuba nak terbangkan layang-layang tapi tak berjaya so aku duduk jer ler dating ngan wife sambil wat video timelapse kat padang Setia City Mall tu. Main belasah jer setting kamera sebab baru nak cuba buat timelapse ni, main belasah jer berapa saat untuk amik 1 frame. Korang mesti tak faham ek apa yang aku terangkan ni?.. takpe-takpe..buat-buat faham jer sudah…ahahahahahaha. Jom layan 2 keping gambar ngan 1 video timelapse hari ahad tu.

Jom Baca Lagi....

Dapat Hadiah Kamera Video GoPro Hero Dari Wife

Salam,

Hati ni masih berbunga-bunga lagi walaupun dapat hadiah ni pada 1 Januari hari tuuu….hihihihihi.. wife aku a.k.a Cheq Eem belikan set kamera video GoPro Hero3+ Black Edition untuk aku. Memang dah lama aku idamkan gadget kamera video macam ni untuk aktiviti-aktiviti air sebab aku tak boleh bawak DSLR aku dalam air kan… hihihihihi.. 😀 . Lupa nak bagitau apa itu GoPro?, jom aku cite sket pasal GoPro ni..

gopro-hero3plus-shamphotographyKamera Video GoPro yang telah berada dalam Waterproof/Underwater Casing.

GoPro ni sebenarnya sebuah kamera video yg kecil (lagi kecik dari kotak rokok 20 batang) dan mampu mengambil gambar dan video Full HD serta time-lapse. GoPro sangat digemari oleh penggemar aktiviti atau sukan lasak kerana GoPro mempunyai pelbagai aksesori seperti waterproof/underwater casing sehingga kedalaman 40-60 meter (bergantung kepada casing yer..) dan mounting yg membolehkan pengguna meletakkan kamera di pelbagai tempat...

Jom Baca Lagi....