Gua Tempurung tagged posts

Jom Sertai Eksplorasi Gua Tempurung Dan White Water Rafting Pada 30 Julai 2016

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Geng Trip Santai (GTS) sekali lagi akan menganjurkan satu trip santai untuk menerokai keunikan Gua Tempurung dan juga aktiviti White Water Rafting bagi mereka yang ingin mencuba serta merasai pengalaman mengemudi bot sambil melayan kederasan arus sungai.

Jom aku ceritakan serba sedikit mengenai aktiviti ini. Aktiviti ini akan dimulakan dengan Eksplorasi Gua Tempurung bersama renjer yang ditugaskan untuk mengiringi para peserta. Gua Tempurung mendapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa dan diklasfikasikan sebagai salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini merupakan satu khazanah yang bernilai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu kerugian kepada mereka yang tidak pernah menyaksikan keunikannya secara dekat. Eksplorasi ini akan memakan masa sekitar 2 jam dan akan melalui pelbagai peringkat sehinggalah peserta akan menyusuri sebatang sungai yang mengalir di dalam gua tersebut untuk menuju...

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah… pada 24 Januari 2015 yang lepas, aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu acara gabungan iaitu Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting, Sungai Kampar yang bertempat di Gopeng, Perak. Ini merupakan acara pembukaan bagi tahun 2015 dan telah mendapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aku. Lagi pun kawan-kawan ni jugak yang suruh aku uruskan…hihihihihi.. πŸ˜€ Ini merupakan kali ke 2 aku dan wife meneroka Gua Tempurung dan kali ke 3 kitaorg layan white water rafting. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik jer url kat bawah ni haaaaaa….. πŸ˜€

1. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014 (Boleh layan video Gua Tempurung di entri ni)
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Seramai 42 peserta yang turut serta dalam aktiviti ini termasuklah aku dan wife serta gabungan geng zombie, geng ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan bloggerku dan pembaca semua? so apa adventure trip korang minggu ni?…. Ok!..Ok!..Β  Jom, aku ada cerita nak kongsi dengan korang semua. Entri “Moh Ke Perak” kali ni, aku bawak korang semua untuk mengembara dan meneroka Gua Tempurung bersama aku. Aku dan wife memang dah lama nak ke Gua Tempurung sebenarnya tapi takde geng lak, maleh nak gi berdua dengan wife aku.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Akhirnya tercapai jugak hasrat kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung bersama geng-geng outdoor yang lain. Ada 50 orang yang turut serta dalam trip ni, seperti biasalah…aku cuma kenal 2-3 orang jer (geng-geng outdoor yang aku selalu join). Walaupun ramai yang kitaorg tak kenal tapi biler kat sana macam dah lama kenal jer…hihihihihi.. πŸ˜€ .

Seawal pukul 7 pagi kitaorg dah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke RnR Tapah, tempat berkumpul sebelum nak ke Gopeng. Sarapan dulu sementara menunggu peserta lain. Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Gua Tempurung ni, senang je...

Jom Baca Lagi....