Gunung Datuk tagged posts

Menuju Puncak Gunung Datuk, Rembau

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan” bermaksud “Yang pendek dipanjangkan, Yang panjang dipendekkan, Yang rosak dibetulkan”. Kemungkinan maksudnya kurang tepat tapi aku sentiasa bersedia untuk menerima komen dan pandangan sekiranya maksud bidalan di atas perlu diperbetulkan. Apakah makna tersirat disebalik kata-kata bidalan itu?…. ermmm…. sehingga sekarang aku masih belum jumpa jawapannya. Mungkin anak-anak nogori boleh memberi pencerahan…. 😀

Pastinya sesiapa yang pernah mendaki Gunung Datuk, mesti akan terbaca kata-kata bidalan di atas. Gunung Datuk atau dikenali juga sebagai Gunung Beradat ini di antara pergunungan yang terdapat di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin serta mempunyai ketinggian 2900 kaki (884 meter) dari paras laut.

Menurut sejarah, sekitar tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatan...

Jom Baca Lagi....