Hiking Di Kuala Lumpur tagged posts

Riadah Santai Di Bukit Kembara, Ampang

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru 2017” kepada semua pembaca alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini. Dah lama juga sebenarnya aku tak menulis, bukannya dah berhenti menulis tapi rasanya seperti tiada pengembaraan baru untuk dicoretkan di dalam blog selain daripada aktiviti larian. Sempena menyambut 1 Januari 2017, aku dan wife hanya bersantaian di Bukit Kembara. Pasti ramai yang tidak pernah dengar kewujudan Bukit Kembara ini.

Bukit Kembara ini terletak di kawasan Ampang Jaya, berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan juga Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada juga yang menggelarkan bukit ini sebagai Bukit Indah tapi aku rasa Bukit Kembara dan Bukit Indah mungkin dua bukit yang berbeza tetapi ianya bersebelahan seperti Bukit Saga dan Bukit [email protected] dengan laluan trek yang menghubungkan kedua-dua bukit tersebut. Ada dua trek permulaan yang boleh digunakan untuk mendaki samaada melalui Jalan 1, Taman Tun Abdu...

Jom Baca Lagi....