Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bukit Apek atau Bukit Saga sememangnya salah satu lokasi pendakian yang popular dikalangan pendaki di sekitar Kuala Lumpur. Rasanya ramai jugak yang keliru di antara Bukit Apek dan Bukit Saga, sebenarnya kedua-dua bukit ini adalah bukit yang berbeza dan bersebelahan di antara satu sama lain tetapi di dalam lokasi Hutan Simpan yang sama. Jangan segan-silu, aku dulu pun sering terkeliru jugak dengan kedua-dua bukit ni… π
Kedua-dua bukit ini mempunyai cabaran yang tersendiri dan jangan sesekali pandang rendah pada sesebuah bukit hanya kerana ia bukan bertaraf gunung. Mendaki di lokasi yang sama berkali-kali akan tetap memberi cabaran yang berbeza di setiap pendakian. Bukit Saga memang selalu menjadi tempat riadah merangkap latihan bagi aku dan wife tapi aku pernah kecundang (pewai) ketika kali ke 4 mendaki Bukit Saga…hihihihi… pewai ooo!!.. π Keupayaan dan stamina juga bergantung kepada keadaan kesihatan badan ketika mendaki yer. Ok!.. Ok!....
Jom Baca Lagi....