Houseboat tagged posts

Fenomena Banjir-Perlu Ker Houseboat?

Salam,

Banjir oh banjir!.. Fenomena banjir akan berlaku setiap tahun, kebiasaannya kawasan yang terlibat selalunya yang berdekatan dengan sungai ataupun empangan tadahan air. Ditambahkan lagi dengan musim tengkujuh yang hampir setiap hari membasahi muka bumi dengan air hujan. Apabila air naik secara mendadak, sungai dan empangan tidak dapat menampung lagi jumlah air maka terjadinya banjir. Tahun ini aku rasa bencana banjir yang menimpa di Pantai Timur dan di Johor merupakan yang paling teruk daripada tahun-tahun sebelum ni. Kalau dicampurkan kesemua jumlah mangsa banjir, aku rasa lebih kurang 40-50 ribu mangsa yang terlibat.

Alhamdulilah!. rakyat Malaysia sama-sama membantu mengurangkan beban mangsa banjir. Banyak jugak agensi-agensi NGO serta badan-badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip dana untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Secara peribadi, time-time begini aku rasa kita semua haruslah melupakan fahaman politik masing-masing dan sama-sama membantu apa yang patut...

Jom Baca Lagi....