Hulu Langat tagged posts

Eksplorasi Ke Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

air-terjun-sungai-lepoh-hulu-langat-selangor-hiking-natures-alam-semulajadi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Air Terjun Sungai Lepoh sememangnya cukup terkenal di kalangan pengemar-pengemar aktiviti luar (Outdoor). Ianya juga dikenali dengan nama Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok oleh penduduk tempatan dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di daerah Hulu Langat berikutan lokasinya yang berdekatan dengan bandaraya.

Kali ini, aku dan wife berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Lepoh setelah beberapa kali tidak berkesempatan untuk ke sana bersama rakan-rakan yang lain. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu jadual kami penuh dengan aktiviti larian serta aktiviti-aktiviti lain. Oleh kerana rakan-rakan lain sibuk dengan urusan masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana hanya berdua. Ada yang kata treknya mudah dan ada juga yang kata treknya agak mengelirukan disebabkan terdapat banyak lorong kecil dan simpang...

Jom Baca Lagi....

Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan ...

Jom Baca Lagi....