Iftar tagged posts

Berbuka Puasa Bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah di atas segala jemputan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini dan terima kasih juga kepada yang sudi menghulurkan jemputan… rezeki…rezeki.. syukur alhamdulillah!..hihihihihi.

Pada 9 Julai yang lepas, aku dan wife telah diberi peluang untuk berbuka puasa bersama Team Denaihati di Laman Kayangan, Shah Alam. Jutaan terima kasih kepada Shakkido dan Denaihati Ilhamku di atas jemputan dan memberi kitaorg peluang untuk beramah mesra dengan blogger-blogger lain yang hadir. Kalau tak silap aku, lebih kurang 70 orang blogger yang dapat meluangkan masa termasuk keluarga masing-masing.

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography

Ini sebenarnya merupakan event kedua anjuran Denaihati yang kitaorg turut serta, kali pertama dulu kitaorg join event Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014.  Memang sebelum ni, aku dan wife dah pernah dengar mengenai Laman Kayangan pastu ada pernah jugak baca blogger-blogger yang dah pernah buat review pasal Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni...

Jom Baca Lagi....

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Saban tahun, Ramadhan akan datang dan pergi sehinggalah Syawal menjelma membawa sinaran yang baru kepada semua tetapi janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik.

Alhamdulillah, aku dan wife berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia pada 7 Julai 2014 bersamaan 9 Ramadhan 1435H. Majlis ini adalah anjuran Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur bagi meraikan dan berbuka puasa bersama adik-adik daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Ini juga merupakan kali ke 2 aku dan wife dapat jemputan daripada Hotel Royale Bintang. Terima kasih aku ucapkan kepada blogger Akma Omar kerana sudi berkongsi jemputan dan juga kepada pihak pengurusan The Royale Bintang, Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada aku dan rakan-rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini serta dalam masa yang sama dapat beramah mesra dengan mereka semua.

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-05

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-06Kawan-kawan blogger yang turut hadir…

K...

Jom Baca Lagi....