Jenut Garam tagged posts

Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan FAM Trip Royal Belum kami diteruskan lagi ke Kem Sungai Papan untuk melihat sendiri Jenut atau dikenali juga sebagai Sira yang sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan liar di sekitar Taman Negeri Royal Belum.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apa-apa pun Groupfie mestilah didahulukan…hihihihi..

Anda tahu ker apa itu Jenut?. Ok!..Ok!.. Moh aku terangkan kat sini, Jenut atau Sira ni sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah β€˜Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bot-bot yang membawa kami…

Jenut ini juga boleh dikatakan sebagai klinik semulajadi untuk haiwan-haiwan yang berada di sekitar situ kerana garam juga merupakan salah satu bahan penting bagi membaiki masalah sistem penghadaman...

Jom Baca Lagi....