Karai tagged posts

Moh Ke Perak: Victoria Bridge Warisan Sejarah Kuala Kangsar #VMY2014

victoria-bridge-jambatan-victoria-kuala-kangsar-warisan-sejarah-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-shamphotgraphy

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Dalam segmen Moh Ke Perak ni, aku akan membawa anda semua bersama-sama untuk mengimbas kembali sejarah Victoria Bridge (Jambatan Victoria) . Jambatan ini merupakan salah satu warisan sejarah yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar dan semestinya kaya dengan nilai sejarahnya tersendiri. Jambatan besi ini dinamakan Victoria Bridge sempena nama Ratu Victoria dimana pada ketika itu adalah zaman pemerintahan beliau.

Daripada hasil kupasan aku, sebenarnya Victoria Bridge ini merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu). Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar dan pembinaannya telah mula dilakukan pada bulan Disember tahun 1897. Pembinaannya telah selesai pada bulan Mac 1990 dimana ia telah mengambil masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya…ermmm..kalau 2014 tolak 1897 maknanya jambatan ni sudah berusia 117 tahun. Walaupun sudah berusia lebih daripada 1 abad tetapi ma...

Jom Baca Lagi....