Kasut Getah tagged posts

Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir: C.B.L

chemerong-berembun-langsir-hutan-lipur-cbl-dungun-terengganu-air-terjun-chemerong-air-terjun-langsir-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dikalangan pendaki-pendaki gunung di seluruh Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir. Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, Air Terjun Chemerong dikatakan di antara salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir (CBL) selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 17 orang yang terdiri daripada gabungan 13 peserta dan juga 4 orang guide. Ekspedisi ini dikelolakan oleh aku dan Faiz serta dibantu oleh Naz (Kasut Getah) sebagai guide utama yang akan mengetuai perjalanan ekspedisi ini. Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hut...

Jom Baca Lagi....