Kayuhan Basikal Di Bike Ride @ Padang Rengas tagged posts

Moh Ke Perak: Program Bike Ride Di Padang Rengas #VMY2014

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca blog ni. Terima kasih juga kerana korang sentiasa memberi sokongan dan itu telah membuatkan aku semakin bersemangat untuk menulis. 😀 😀 😀

Bermulalah kembali segmen “Moh Ke Perak” untuk menceritakan pengalaman lawatan aku sambil mempromosikan tarikan pelancongan di Perak melalui FAM Trip Program Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum pada 20 hingga 24 Jun yang lepas. Korang boleh baca sesi pengenalan bagi FAM Trip kali ni di entri Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014. Sebelum tu, aku rasa ramai yang tidak tahu apa itu FAM Trip kan!.. betul tak? Jom aku terangkan…..

‘ FAM Trip atau nama panjangnya “Familiarisation Trip” adalah satu lawatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang tertentu bertujuan untuk mempromosikan negara, negeri atau kawasan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan...

Jom Baca Lagi....