Kem Sungai Papan tagged posts

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.

Hari Kedua – 8 November 2014.

Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan FAM Trip Royal Belum kitaorg diteruskan lagi ke Kem Sungai Papan untuk melihat sendiri Jenut atau dikenali juga sebagai Sira yang sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan liar di sekitar Taman Negeri Royal Belum.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apa-apa pun Groupfie mestilah didahulukan…hihihihi..

Korang tahu ker apa itu Jenut?. Ok!..Ok!.. Moh aku terangkan kat sini, Jenut atau Sira ni sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah ‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bot-bot yang membawa kitaorg…

Jenut ini juga boleh dikatakan sebagai klinik semulajadi untuk haiwan-haiwan yang berada di sekitar situ kerana garam juga merupakan salah satu bahan penting bagi membaiki masalah sistem penghadaman...

Jom Baca Lagi....