Knockrunner tagged posts

Reach Out Run 2015: Run For A Cause

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Reach Out Run 2015: Run For A Cause telah diadakan pada 14 Jun 2015 bertempat di  Dataran Putrajaya, Presint 3. Larian amal ini telah dianjurkan oleh iM4U dalam usaha untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada organisasi seperti Dyslexia Association of Malaysia (PDM), SVM Welfare Association, Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation (LASSie) dan juga Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Larian ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping dapat menderma dan membantu dalam memperjuangkan empat sebab utama iaitu dari segi Kesihatan, Keperluan Khas, Komuniti dan Haiwan.

Hanya ada 2 kategori sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 5km Fun Run dan juga 10km bagi kategori terbuka lelaki dan wanita. Buat kali pertamanya, aku dan wife dengan penuh yakinnya mendaftar untuk larian 10km...

Jom Baca Lagi....

TM Team Malaysia Fan Run 2015

tm-team-malaysia-fan-run-2015-putrajaya-fitmalaysia-kj-khairy-jamaluddin-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Tahun ini aku berkesempatan untuk turut serta dalam acara TM Team Malaysia Fan Run 2015 yang berlangsung di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 31 Mei yang lalu. Tahun lepas hanya wife aku jer yang sertai larian ni disebabkan aku ke Tasik Temenggor dalam misi untuk menjejaki dan Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum. 😀

Acara TM Team Malaysia Fan Run ini telah dianjurkan oleh Telekom Malaysia sejak pada tahun 2011 dengan kerjasama MSN bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan tanda sokongan kepada Team Malaysia yang akan berjuang di dalam setiap temasya Sukan Sea.

Kalau mengikut perancangan asal memang aku dan wife daftar kategori 5km fan run hanya untuk dapatkan baju jer disebabkan kitaorg akan berada di Johor pada minggu tu tapi bila disusun jadual semula dapat ler kitaorg turut serta sekali…..hihihihihi.. 😀 Bagi larian ni kitaorg dah berpakat dengan Geng Zombie yang lain untuk berjalan jer, malas pula nak berlari.

Larian ba...

Jom Baca Lagi....