Kompleks Sejarah Pasir Salak tagged posts

Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Jom Baca Lagi....