Kuala Kangsar tagged posts

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2015

larian-hari-keputeraan-sultan-nazrin-shah-2015-lhksns-dewan-jubli-perak-kuala-kangsar-perak-darul-ridzuan-eshamhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah atau lebih dikenali dengan nama singkatannya LHKSNS telah diadakan pada 29 November 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak iaitu D.Y.M.M Paduka Seri Tuanku Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum D.Y.M.M Paduka Seri Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Hanya 3 kategori larian yang ditawarkan iaitu 7km, 10km dan juga 15km. Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan bagi kategori 10km dan 15km manakala kategori 7km adalah percuma dan hanya dikhaskan untuk pelajar sahaja.

Aku dan wife bersama Alice serta Zakiah juga tidak melepaskan peluang untuk sertai acara yang dikatakan mempunyai review yang amat memuaskan daripada peserta yang pernah menyertai larian ini. Lagipun, aku dan wife adalah anak kelahiran negeri Perak. Memang wajiblah kami berdua raikan Sultan sendiri kan?…hihihihihi.. 😀 ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Mariwasa Kraftangan Kuala Kangsar

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pengembaraan ‘Moh Ke Perak’ dan FAM Trip kitaorg diteruskan lagi dengan lawatan ke Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd. yang beroperasi di Kuala Kangsar. Jom aku bagi info sikit pasal Mariwasa Kraftangan ni…..

Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar produk barangan silver hasil buatan tangan, pingat dan aksesori seragam. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan mempunyai lebih 30 tahun kemahiran dan pengalaman untuk menawarkan hasil dan kualiti yang tinggi. Apa yang menariknya ialah Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar tunggal bagi Pingat-Pingat Darjah Kebesaran untuk seluruh Malaysia

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyAntara kraftangan yang dijual di Mariwasa Kraftangan.

Sebelum itu, jom aku bawa korang mengimbau lebih jauh lagi mengenai sejarah Mariwasa Kraftangan ni.  Mariwasa Kraftangan ni diasaskan pada tahun 1975 dan pada ketika itu dikenali sebagai Saunders Medallist (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur dengan mempunyai 6 orang tukang kraftangan yang mahir...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Victoria Bridge Warisan Sejarah Kuala Kangsar #VMY2014

victoria-bridge-jambatan-victoria-kuala-kangsar-warisan-sejarah-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-shamphotgraphy

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Dalam segmen Moh Ke Perak ni, aku akan membawa anda semua bersama-sama untuk mengimbas kembali sejarah Victoria Bridge (Jambatan Victoria) . Jambatan ini merupakan salah satu warisan sejarah yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar dan semestinya kaya dengan nilai sejarahnya tersendiri. Jambatan besi ini dinamakan Victoria Bridge sempena nama Ratu Victoria dimana pada ketika itu adalah zaman pemerintahan beliau.

Daripada hasil kupasan aku, sebenarnya Victoria Bridge ini merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu). Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar dan pembinaannya telah mula dilakukan pada bulan Disember tahun 1897. Pembinaannya telah selesai pada bulan Mac 1990 dimana ia telah mengambil masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya…ermmm..kalau 2014 tolak 1897 maknanya jambatan ni sudah berusia 117 tahun. Walaupun sudah berusia lebih daripada 1 abad tetapi ma...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Galeri Sultan Azlan Shah #VMY2014

galeri-sultan-azlan-shah-tourism-malaysia-perak-kuala-kangsar-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan membawa korang semua untuk meneroka Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah diberi peluang untuk melawat galeri ini bersama-sama kumpulan FAM Trip Tourism Malaysia Perak dalam misi untuk mempromosikan tarikan pelancongan di Perak. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat galeri ni dan sememangnya menimbulkan perasaan teruja.

Galeri ini mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Almarhum Tuanku oleh ketua negara dari seluruh dunia...

Jom Baca Lagi....

Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014

jemputan-famtrip-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Alhamdulillah!!… Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas jemputan dan peluang yang telah diberikan kepada aku sebagai seorang Blogger. Ini merupakan jemputan kali ke 2 yang aku terima daripada Tourism Malaysia Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan aku amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan untuk mempromosikan negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan.

Semasa jemputan FAM Trip yang pertama, aku telah diberi peluang untuk meneroka sendiri keunikan dan keindahan tarikan pelancongan di daerah Pengkalan Hulu. Korang boleh baca entri mengenai Keunikan Pengkalan Hulu di url di bawah haaa…..

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks ...

Jom Baca Lagi....