Kuala Kubu Bharu tagged posts

Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Lata Medang, pasti pernah terdengar mengenai Bukit Kutu. Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, K.C.M.G. telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Kedudukannya di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sering menjadi tumpuan di kalangan pendaki sebagai tempat latihan mingguan bagi aktiviti pendakian. Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.

Berdasarkan sumber sejarah yang aku kupas, dahulunya Bukit Kutu ini telah dijadikan sebagai stesen pemantauan tentera british pada era kolonial British tetapi ianya te...

Jom Baca Lagi....

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu-bukit-fraser-air-terjun-ikan-kelah-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama Geng Zombie sempat meluangkan masa bersantai untuk menikmati ketenangan alam semulajadi dan juga kedinginan Air Terjun Sungai Chiling. Air Terjun Sungai Chiling ataupun lebih dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga pada cuti hujung minggu. Santuari Ikan ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan sungai tersebut telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah di dalam usaha untuk memelihara spesies tempatan ikan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing di sini. Dendanya memang agak lumayan sekiranya di dapati menyeludup ikan kelah keluar daripada santuari ikan ini…hihihihihi.. πŸ˜€

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan yang sama menuju ke Bukit Fraser dan selepas simpang masuk ke Kampung Pertak ataupun k...

Jom Baca Lagi....

Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu

lata-medang-kg-pertak-kuala-kubu-bharu-fraser-hill-hiking-nature-outdoor-adventures-shamphotography-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi penggemar keindahan alam semulajadi ataupun kepada sesiapa yang suka bersantai di kedinginan air terjun, pasti akan teruja apabila membaca entri ini. Pengembaraan kali ini, aku dan wife dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang yang cukup popular di kalangan rakan-rakan aktiviti luar (Outdoor). Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak iaitu merupakan sebuah kawasan Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak. Trip kali ini, aku dan wife sempat meluangkan masa bersama gabungan rakan-rakan daripada Team LesVoyaguers dan juga Team Urbanescapers untuk bersantai di Air Terjun Lata Medang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka kerana selalu mempelawa aku dan wife untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti seperti ini… πŸ˜€

Bagaimana untuk ke Air Terjun Lata Medang?….

Bagi yang sudah biasa dengan laluan ke Kuala Kubu Bharu atau ke Fraser...

Jom Baca Lagi....