Kuala Pilah tagged posts

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikers

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825 meter dari paras laut ataupun 2702 kaki. Ianya amat sesuai untuk latihan mendaki seperti aku dan wife yang baru nak menjinakkan diri dengan aktiviti pendakian. Secara geografinya, Gunung Angsi ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Seremban dan menghala ke Kuala Pilah ataupun menghala ke Ulu Bendul. Memang banyak sebenarnya gunung-gunung di Negeri Sembilan ni dan ini adalah merupakan gunung pertama yang aku dan wife daki sebagai latihan stamina bagi Misi Kinabalu 2015 nanti. 😀

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 9 orang iaitu aku dan wife, Amlina dan adiknya Aiman, Eyda, Bella, Winfid, Fatin dan juga Abang Joe selaku pemandu arah kami...

Jom Baca Lagi....