Kundasang tagged posts

Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bumi Sabah telah digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 dan telah mengorbankan 18 nyawa terdiri daripada malim gunung serta para pendaki. Sebenarnya memang dah lama aku nak berkongsi cerita mengenai perjalanan dan pengalaman aku dan wife dalam misi mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa ditangguhkan dulu bagi menghormati kejadian gempa bumi yang telah menimpa Sabah.

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu merupakan pencapaian yang paling tinggi setakat ini bagi aku dan wife yang bukannya seorang pendaki tegar. Akhirnya tercapai juga hasrat kami untuk berdiri di atas puncak yang tertinggi di Asia Tenggara.

Alhamdulillah, aku dan wife bersama Team TooHotDemo (Hisyam, Fareeza, Jasper, Sukh, Amar, Bella, Eyda Dida, Amlina, Khal, Din Jengking, Cumie dan Wolf) telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu dengan selamatnya pada bulan April yang lalu iaitu sebulan sebelum kejadian gempa bumi berlaku...

Jom Baca Lagi....