Lenggong tagged posts

Moh Ke Perak: Hutan Lipur Lata Kekabu #VMY2014

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Aku ada menulis mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong beberapa hari kebelakang ni kan. Sudi-sudi ler klik kalau nak tahu kisah galeri tu dan bagi entri ‘Moh Ke Perak’ kali ni, aku nak bawa korang untuk meneroka satu lagi kawasan menarik di Daerah Lenggong iaitu Hutan Lipur Lata Kekabu. Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, aku rasa lebih kurang 2 kilometer jer jaraknya atau 9 kilometer dari Pekan Lenggong dan 25 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar – Gerik. Bagi korang yang tinggal sekitar kawasan Kuala Kangsar, Lenggong ataupun Gerik mesti cukup kenal dengan tempat perkelahan ni kan. Bagi yang tak pernah datang sini atau yang teringin nak berkunjung di sini, bolehlah rujuk pada peta di bawah ni haaaaa……

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Dari jalan besar korang akan nampak papan tanda ke Hutan Lipur Lata...

Jom Baca Lagi....

Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014

jemputan-famtrip-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Alhamdulillah!!… Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas jemputan dan peluang yang telah diberikan kepada aku sebagai seorang Blogger. Ini merupakan jemputan kali ke 2 yang aku terima daripada Tourism Malaysia Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan aku amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan untuk mempromosikan negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan.

Semasa jemputan FAM Trip yang pertama, aku telah diberi peluang untuk meneroka sendiri keunikan dan keindahan tarikan pelancongan di daerah Pengkalan Hulu. Korang boleh baca entri mengenai Keunikan Pengkalan Hulu di url di bawah haaa…..

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks ...

Jom Baca Lagi....

Restoran Tasik Raban Lenggong

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mesti korang semua pernah dengar mengenai Restoran Tasik Raban!. Bagi yang selalu travel melalui daerah Lenggong atau menuju ke Gerik, pasti akan singgah atau akan melalui lokasi Restoran Tasik Raban ni. Sebenarnya, aku dah lama berniat nak siapkan entri ni sebab entri ni berkaitan dengan FAM Trip Pengkalan Hulu anjuran Tourism Malaysia Perak sempena mempromosikan Daerah Pengkalan Hulu. Kalau korang nak refresh balik atau bagi yang baru kali pertama berkunjung ke blog aku ni, boleh ler baca entri mengenai tarikan perlancongan yang ada di Pengkalan Hulu, Hulu Perak di link kat bawah ni….

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Jom aku sambung balik entri ni…….

Sebel...

Jom Baca Lagi....