Lokasi Air Terjun Di Selangor tagged posts

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu-bukit-fraser-air-terjun-ikan-kelah-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama Geng Zombie sempat meluangkan masa bersantai untuk menikmati ketenangan alam semulajadi dan juga kedinginan Air Terjun Sungai Chiling. Air Terjun Sungai Chiling ataupun lebih dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga pada cuti hujung minggu. Santuari Ikan ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan sungai tersebut telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah di dalam usaha untuk memelihara spesies tempatan ikan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing di sini. Dendanya memang agak lumayan sekiranya di dapati menyeludup ikan kelah keluar daripada santuari ikan ini…hihihihihi.. πŸ˜€

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan yang sama menuju ke Bukit Fraser dan selepas simpang masuk ke Kampung Pertak ataupun k...

Jom Baca Lagi....