Lubuk Mecu tagged posts

Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu

lata-medang-kg-pertak-kuala-kubu-bharu-fraser-hill-hiking-nature-outdoor-adventures-shamphotography-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi penggemar keindahan alam semulajadi ataupun kepada sesiapa yang suka bersantai di kedinginan air terjun, pasti akan teruja apabila membaca entri ini. Pengembaraan kali ini, aku dan wife dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang yang cukup popular di kalangan rakan-rakan aktiviti luar (Outdoor). Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak iaitu merupakan sebuah kawasan Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak. Trip kali ini, aku dan wife sempat meluangkan masa bersama gabungan rakan-rakan daripada Team LesVoyaguers dan juga Team Urbanescapers untuk bersantai di Air Terjun Lata Medang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka kerana selalu mempelawa aku dan wife untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti seperti ini… 😀

Bagaimana untuk ke Air Terjun Lata Medang?….

Bagi yang sudah biasa dengan laluan ke Kuala Kubu Bharu atau ke Fraser...

Jom Baca Lagi....