Madagascar Runners tagged posts

Compressport Combo Challenge: Compressport Road

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Road telah diadakan pada 24 April 2016 di Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. Acara ini adalah kesinambungan dari Compressport Combo Challenge 2016 yang terdiri daripada kombinasi Compressport Trails dan juga Compressport Road. Compressport Trails pula telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas bertempat di Mardi Maeps, Serdang. Boleh baca komen aku mengenai Compressport Trails di entri Compressport Combo Challenge: Compressport Trails.

Kedua-dua kombinasi ini tetap menawarkan hanya dua (2) kategori larian iaitu 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada empat (4) iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Sama seperti Compressport Trails, aku dah wife hanya mendaftar untuk kategori 6km hanya sekadar untuk mendapatkan kedua-dua koleksi medal kombinasi daripada trail dan road.

Kebiasaannya, peserta yang mendaftar untuk jarak yang lebih jauh akan dilepaskan terlebih dahulu tetapi bagi acara ini pes...

Jom Baca Lagi....

Merdeka Fun Run 2015

merdeka-fun-run-2015-cyberjaya-dpulze-running-event-eshamzhalimdotcom-runholic-bullrunner
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 pada tanggal 31 Ogos 2015, aku dan wife telah mendaftarkan diri dan turut serta di dalam Larian Merdeka Fun Run 2015 sejauh 5km di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya, Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Two Acestar Interactive Sdn Bhd dengan kerjasama D’Pulze Shopping Centre. Hanya 2 kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 10km dan kategori 5km fun run.

Larian ini pasti tidak akan sempurna tanpa kibaran bendera Malaysia dan seperti biasa, memang kitaorg dah berniat untuk berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang larian hinggalah ke garisan penamat sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Larian bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 8.00 pagi dan diikuti dengan kategori 5km pada pukul 8.30 pagi.

Aku memang tidak puas hati dengan penganjur larian ini dan malas nak bercerita panjang. Kenapa aku tidak puas hati?…...

Jom Baca Lagi....

Larian Sehati Sejiwa Sempena Hari Kebangsaan Ke 58

larian-sehati-sejiwa-2015-hari-kebangsaan-ke-58-sambutan-kemerdekaan-kkmm-mynic-mybuddies-eshamzhalimdotcom-runholic-running-event

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian Sehati Sejiwa telah dijayakan pada 23 Ogos 2015 yang lepas, bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Larian ini telah dianjurkan oleh KKMM (Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia), MYNIC Berhad dan juga MyBuddies bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang ke 58 serta bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat Patriotisme dan Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Larian Sehati Sejiwa ini terbuka kepada 5000 penyertaan di pelbagai lapisan masyarakat serta peringkat umur dan juga menawarkan 3 kategori larian iaitu larian sejauh 10km, 5km dan 3km dengan bayaran penyertaan yang cukup murah.

Demi semangat cintakan negara….hihihihihihi.. 😀 , aku dan wife telah mendaftarkan diri bagi larian kategori 5km Fun Run walaupun pada permulaannya kitaorg tidak tahu yang sebenarnya perkataan “Sehati Sejiwa” ini adalah tema bagi Hari Kebangsaan tahun 2015..hahahaha…(maafkan kitaorg yer..). Patutlah perkataan Sehati Sejiwa ini ada jer terpamp...

Jom Baca Lagi....