Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia tagged posts

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Saban tahun, Ramadhan akan datang dan pergi sehinggalah Syawal menjelma membawa sinaran yang baru kepada semua tetapi janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik.

Alhamdulillah, aku dan wife berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia pada 7 Julai 2014 bersamaan 9 Ramadhan 1435H. Majlis ini adalah anjuran Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur bagi meraikan dan berbuka puasa bersama adik-adik daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Ini juga merupakan kali ke 2 aku dan wife dapat jemputan daripada Hotel Royale Bintang. Terima kasih aku ucapkan kepada blogger Akma Omar kerana sudi berkongsi jemputan dan juga kepada pihak pengurusan The Royale Bintang, Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada aku dan rakan-rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini serta dalam masa yang sama dapat beramah mesra dengan mereka semua.

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-05

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-06Kawan-kawan blogger yang turut hadir…

K...

Jom Baca Lagi....