Mardia dan Mustafa tagged posts

White Brick Oven : Artisan Bakery and Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa sangka seorang warga British akan jatuh hati dengan seorang wanita melayu dan menetap di Malaysia. Nama White Brick Oven Artisan Bakery adalah sinonim dengan pasangan suami isteri Mardia dan Mustafa. Pasangan suami isteri ini merupakan pengusaha perniagaan bakeri (Homemade Bread & Pastry) sejak dulu lagi, tetapi kini telah bersara dan hanya mengedarkan roti dan pastri untuk 2 kedai sahaja di Bangsar dan Ikano serta membuka kedai bakeri di rumah.

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaAku dan wife bergambar dengan Mardia dan Mustafa di kedai bakeri a.k.a rumah dorang….hihihihi..

Apa yang uniknya White Brick Oven Artisan Bakery ni, uncle Mustafa atau nama britishnya Martin memproses dan mengisar sendiri tepung secara tradisonal di rumah bagi kegunaan membuat roti dan pastri untuk menjaga kualiti dan juga mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam tepung...

Jom Baca Lagi....