MAS tagged posts

Misteri Kehilangan MH370 Telah Terjawab

Salam,

Baru sebentar tadi, negara kita telah dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Korridor Selatan Lautan Hindi. Berita ini amat mengejutkan dan aku rasa masing-masing masih mengharapkan bahawa pesawat MH370 masih lagi dalam keadaan selamat setelah 17 hari hilang tanpa dikesan.

Takziah kepada kesemua ahli keluarga, rakan-rakan krew dan penumpang pesawat MH370 dan semoga mereka tabah dengan ketentuan ini. Misteri kehilangan pesawat MH370 telah pun terjawab tetapi KENAPA?, SIAPA?, BAGAIMANA? dan MENGAPA? masih lagi belum terhurai.

malaysia-mh370-artwork-march-shamphotographySumber gambar :Google

Semoga dipermudahkan usaha untuk mengesan dan mencari Kotak Hitam bagi menjawab segala pertanyaan. Malaysia dan MAS masih lagi perlu memberi jawapan yang PASTI kepada ahli keluarga Pesawat MH370. 🙁

#PRAYFORMH370 #DOAUNTUKMH370

Jom Baca Lagi....