Mendaki Gunung tagged posts

Menuju Puncak Gunung Bunga Buah

gunung-bunga-buah-genting-highlands-gbb-gohtong-jaya-hiking-pahang-eshamzhalim-trailmenu-lesvoyageurs-urbanescapers-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan kali ini telah membawa aku dan wife ke Genting Highland bersama-sama Team LesVoyageurs serta Team Urbanescaper dalam misi untuk menuju puncak Gunung Bunga Buah (GBB). Seawal pukul 5 pagi kitaorg mula berkumpul dan menuju ke RnR Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu beberapa kawan lagi sebelum bergerak ke Pekan Gohtong Jaya bagi memulakan pendakian.

Gunung Bunga Buah ini terletak di sempadan negeri Selangor dan Genting Highland, Pahang. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula di ketinggian 900 meter dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.

Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya...

Jom Baca Lagi....