Mesilau Summit Trail tagged posts

Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri:
1. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1
2. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

24 April 2015

Aku dan wife hanya dapat lelapkan mata beberapa jam sahaja sebelum ke kafeteria untuk sarapan ringan dan persediaan mendaki ke puncak (Low’s Peak). Badan pun dah nampak gemuk disebabkan 3 lapis baju dan 2 lapis seluar….hihihihihi…suhu memang sejuk hingga ke tulang. Sarapan pagi hanyalah sekadar alas perut sebab risau untuk mendaki dengan perut yang penuh. Tepat jam 2.30 pagi, semua mengorak langkah dan meredah gelap mendaki ke Sayat-Sayat Check Point untuk lapor diri sebelum dibenarkan mendaki ke puncak. Semua pendaki diwajibkan sampai di Sayat-Sayat Check Point sebelum pukul 5 pagi dan kalau lewat, ranjer tidak akan benarkan untuk teruskan pendakian dan akan diarah turun ke Laban Rata. Kalau mengikut kiraan aku, dengan yakinnya aku dan wife boleh sampai di Sayat-Sayat Hut sebel...

Jom Baca Lagi....

Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti ada yang tak sabar dan ternantikan sambungan daripada entri Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1. Apa tunggu lagi, jomlah baca sambungannya. 😀

23 April 2015

Seawal pagi aku dah tersedar sambil duduk termenung berselimutkan dengan sleeping bag. Maklumlah, di Sabah pukul 6 pagi pun dah cerah. Pagi itu memang boleh tahan juga sejuknya walaupun aku berselimut dan berstokin sepanjang malam. Cabaran pertama aku adalah mandi….hihihihihi.. 😀 Jangan salah sangka ok!.. Aku memang suka mandi dengan air sejuk tapi bukannya yang terlampau sejuk. Walau apa pun, cabaran pertama aku hadapi dengan selamba dan penuh semangat kerana aku tahu pengalaman hari ini dan esok akan menjadi kenangan manis buat aku dan wife.

Sebelum bertolak ke Mesilau Nature Park, kesemua ahli kumpulan berkumpul terlebih dahulu untuk sarapan pagi sambil dijamu dengan permandangan Gunung Kinabalu yang membuka ruang di sebalik kabus pagi...

Jom Baca Lagi....