Misi Kemasyarakatan tagged posts

Singgah Di Pusat Pengumpulan Sumbangan

Salam,

Semalam aku ngan wife ke Raub sebab ada kenduri kahwin kat sana. Perjalanan ke sana di iringi dengan cuaca yang mendung dan hujan hinggalah ke Kg. Sg. Pasu, Raub. Kat sana pun, sesetengah tempat yang rendah dah dinaiki air tapi takde la tahap bahaya sangat. Banyak jugak kitaorg jumpa kenderaan yang dalam misi bantuan untuk mangsa banjir.

Hari ni pula, aku & wife keluar ke Tesco untuk membeli barang-barang sumbangan dan hantar ke pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17, Shah Alam. Berbekalkan wang sumbangan yang telah di amanahkan oleh kawan-kawan, aku & wife mula membuat kiraan dan mencari keperluan-keperluan yang amat diperlukan. Pening jugak nak mencariΒ  barang apa yang patut dibeli sehinggalah terpaksa wife aku telefon pusat pengumpulan tu untuk tanya barang keperluan apa lagi yang masih tak cukup dan diperlukan. Kebanyakkannya dorang mohon untuk bagi sumbangan seperti keperluan asas memasak, perubatan dan jugak keperluan mandian seperti sabu...

Jom Baca Lagi....

Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Salam kepada semua rakyat Malaysia & rakan-rakan Blogger,

Sekarang ni rakyat-rakyat di Pantai Timur sedang dilanda bencana banjir dan ramai yang kehilangan harta benda. Mereka amat memerlukan bantuan sekarang ni. Jom kita semua menghulurkan bantuan kepada mereka. Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam pusat pengumpulan sumbangan adalah di Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17, Shah Alam (Jumaat – Ahad) manakala di KL pula adalah di Dataran Merdeka (6 Disember 2013).

In Shaa Allah, aku & wife akan singgah dan menghantar sumbangan pada hari Ahad ini di Dewan Merbau MBSA kerana besok kami akan ke Raub, Pahang, kami akan cuba sumbangkan apa yang termampu. Ada jugak pakaian-pakaian lama yang masih elok atau kami akan beli barang-barang makanan/keperluan di Giant dan terus hantar ke sana.

bantuan-mangsa-banjir-vitamin4kesihatan-shamphotography

Jalan di depan rumah aku (Jalan Batu Tiga) pun kerap banjir kalau hujan lebat dan kali terakhir banjir 10 buah kereta dan 1 treler tersadai kat tengah jalan...

Jom Baca Lagi....