Misteri Kellie’s Castle tagged posts

Moh Ke Perak: Menyingkap Sejarah Dan Misteri Kellie’s Castle #VMY2014

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

Kellie’s Castle atau dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan juga pelbagai misteri yang masih menyelubungi disebalik kewujudan istana lama ini. Lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, sering menjadi permandangan biasa yang akan aku lalui setiap kali pulang ke kampung halaman di Seri Iskandar. Kalau korang nak tahu, Kellie’s Castle ni dulu memang tak dapat dilihat daripada jalan besar kerana tersembunyi disebalik pokok dan lalang yang tinggi. Dulu memang aku tak berani nak masuk istana lama ni sebab dari jauh memang nampak menyeramkan. Takut wei nak datang sini masa zaman budak-budak dulu.

Aku dan wife sempat singgah di Kellie’s Castle semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas habis cuti hari raya di kampung. Sebenarnya kitaorg nak berhenti untuk sarapan jer tapi bila nampak banyak perubahan di Kellie’s Castle, terus timbul perasaaan ingin tahu untuk meneroka semul...

Jom Baca Lagi....