Moh Ke Perak tagged posts

Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan #VMY2014

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini terletak di Kampung Bota Kanan, Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Tuntung adalah haiwan yang tergolong di dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi atau kura-kura dan mengikut statistik, populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun, kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus sekiranya tiada langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan.

Wujudnya Pusat Konservasi ini adalah bertujuan untuk memulihara ekosistem tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara. Tuntung Sungai (Batagur Baska) dan Tuntung Laut (Callagur Borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kampung Pendiat adalah lokasi pertama yang dilawati oleh FAM Trip Jom Mancing Udang anjuran Tourism Malaysia Perak semasa program ini berlangsung. Ketibaaan FAM Trip kitaorg disambut meriah dengan paluan kompang, persembahan silat dan juga jamuan makan tengahari dengan hidangan masakan kampung yang sungguh menyelerakan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPersembahan silat oleh adik-adik Kampung Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakSajian masakan kampung yang cukup menyelerakan.

Terlebih dahulu, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai Kampung Pendiat. Kampung Pendiat terletak di Bota Kanan, Perak dan menawarkan pakej penginapan Homestay bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan harmoni serta jauh daripada kesibukkan kotaraya. Menurut maklumat yang aku perolehi, Kampung Pendiat ini merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3km persegi di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Apa yang menariknya Homestay Pendiat ini ialah masih terdapat warisan berzaman yang dipraktikkan ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakKredit gambar: Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Menara Condong Teluk Intan atau pun dikenali juga sebagai Menara Jam Tinggi merupakan sebuah mercu tanda bagi bandar Teluk Intan. Ini adalah salah sebuah lokasi yang aku lawati bersama rakan-rakan FAM Trip sempena program Jom Mancing Udang 2014 di Teluk Intan anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hinga 18 Ogos yang lalu. Menara Condong Teluk Intan ini semestinya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri selain daripada keunikan dan kehebatan senibinanya. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perak

Terlebih dahulu, jom aku singkap serba sedikit sejarah disebalik pembinaan menara ini.

Menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor cina yang dikenali sebagai Leong Choon Choong serta Kontraktor Ceylon yang turut membina dan menjadi penderma utama kepada menara ini. Menara ini berbentuk Pagod...

Jom Baca Lagi....

Restoran Tasik Raban Cawangan Seri Iskandar

restoran-tasik-raban-seri-iskandar-perak-moh-ke-perak-tempat-makan-menarik-di-perak-eshamhalim

Dikemaskini pada 22 Februari 2016:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah tutup dan tak pasti restorannya pindah ke mana. Baru jer tahu selepas balik kampung semasa cuti tahun baru cina yang lepas. Niat nak singgah makan ikan bakar tapi restorannya dah tutup dan sudah ada papan tanda untuk disewa.

Dikemaskini pada 25 Julai 2015:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah berpindah ke Jalan lb1, Seri Iskandar (berdekatan dengan Agrobank Cawangan Seri Iskandar). Aku kurang pasti nama jalan tapi di antara Jalan lb1 dan Jalan Dataran 1 selepas Jalan Pekeliling Iskandar. Baru jer dapat tahu bila balik kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri hari tu.

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bila disebut nama Restoran Tasik Raban, aku rasa perkara pertama yang akan terlintas di kepala korang mestilah Ikan Bakar Air Tawar dan Sambal Bumbumnya. Betul tak?… Menu utama ni sememangnya popular di Restoran Tasik Raban disamping menyediakan juga pelbagai masakan kampung buat pelanggan yang berkunjung...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku harap korang jangan ler bosan dengan entri-entri aku kebelakangan ni yang banyak berkisarkan Taman Negeri Royal Belum…. Hihihihi.. 😀 Bukannya apa! ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman aku semasa berada di sana di atas tajaan Tourism Malaysia Perak serta Perbadanan Taman Negeri Perak yang bermurah hati untuk menjemput aku. Mungkin di antara korang yang sudah pernah menjejakkan kaki di Royal Belum dan mungkin juga ada yang belum. Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari korang untuk berkunjung ke Royal Belum dan menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Rugi yer kalau tidak ke sana sebab Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Explorasi FAM Trip Royal Belum ini menuju ke penghujungnya apabila kitaorg dibawa mengembara ke satu lagi lokasi yang menari...

Jom Baca Lagi....