Morchit Bus Terminal tagged posts

Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi

map-bas-keretapi-ke-chiang-mai-chiang-rai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Chiang Mai dan Chiang Rai adalah dua bandar yang terletak di sebelah utara Thailand serta mempunyai permukaan geografi yang diliputi dengan kawasan-kawasan pergunungan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puncak gunung tertinggi di seluruh Thailand berada di daerah Chiang Mai iaitu di Doi Inthanon dengan ketinggian 2,565Β meter dari paras laut. Manakala Chiang Rai pula terletak bersebelahan Chiang Mai merupakan tanah Thailand yang paling utara serta bersempadan dengan Laos dan Myanmar (Burma). Mungkin anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Golden Triangle.Β Kedua-dua lokasi ini merupakan antara lokasi yang popular di Chiang Mai dan Chiang Rai. Walau bagaimana pun, setiap destinasi itu tetap mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri.

Jika entri sebelum ini aku berkongsi bagaimana untuk ke Hatyai dan Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam darat seperti bas dan keretapi. Apa kata kali ini, jom mengembara lebih jauh lagi ke utara Thai...

Jom Baca Lagi....